Pages

Thursday 28 March 2013

POLITIK MAIN REBUT KERUSI


Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;

Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!

Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.

Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?

DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.

DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....

Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...

Sepakat membuka mata, mencelik minda..

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!

Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Demi agama, bangsa & negara
BN Pilihan Rakyat 1Malaysia
Oleh: hulubalangKANAN

Friday 22 March 2013

Kenapa Sibuk Sangat Dengan PapaGomo?



1. Anwar Ibrahim tak perlu gentar menghadapi setiap isu moral yang dihadapi olehnya kerana ada orang yang akan menjawab isu tersebut. Seperti biasa, orang kuatnya Rafizi Ramli akan menyiasat dan menggunakan seluruh kekuatan untuk menepis isu itu.

2. Panglima bukanlah ahli politik tetapi Panglima sebagai rakyat Malaysia hanya memerhatikan sahaja gerak laku Anwar Ibrahim dalam setiap isu peribadi yang melibatkan dirinya. Modus operandi Anwar Ibrahim ialah menyerang kembali (serangan peribadi) musuh/mangsa liwat/pengadu yang melaporkan tentang isu dirinya.

3. Apabila berlaku kes Saiful Bukhari dan ketika itu ayahnya, Azlan menyokong Saiful 100% mengatakan bahawa anaknya diliwat oleh Anwar Ibrahim. CheguBard mengeluarkan artikel tentang bapa Saiful yang mengatakan beliau kaki judi. KAKI JUDI memberi makna bahawa bapa Saiful adalah FASIK? Oleh itu, adakah kita boleh mempercayai kata-kata Azlan yang mengatakan INI SEMUA KONSPIRASI UMNO?


4. Dato' Eskay juga terkena. Ketika beliau membacakan sumpah laknat terhadap dirinya, puak-puak PAS mengatakan sumpah itu tidak dikira kerana salah sebut dan Dato' Eskay bukan Muslim yang baik dan banyak berbuat dosa. Jadi orang 'fasik' tidak dikira kata-katanya.

5. PKR akan menyerang peribadi Papa Gomo yang melaporkan tentang video seks ini. Timbul pula katanya Papa Gomo adalah bekas banduan dan pengundi hantu, maka Rafizi menggelarkan Papa Gomo adalah seorang FASIK dan kata-katanya tidak boleh dipercayai. Cadangan saya, Rafizi perlu meminta SPR menyiasat perkara ini, bukannya menyiasat dan membuat keputusan sendiri mengatakan Papa Gomo pengundi hantu.

Dulu kata bapa Saiful kaki judi, sekarang apa dah jadi?

6. Mengapa dengan begitu mudah menggelarkan orang lain FASIK? Adakah Rafizi sudah begitu BERIMAN untuk berkata-kata? Dan adakah untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang, perlu dilaporkan oleh Ulama'? Panglima pasti kalau Ulama' yang melaporkan, puak-puak PAS pula mempertikaikan sijil-sijil Ulama' tersebut. Panglima pasti!

7. [Analogi] : ANWAR IBRAHIM menunggang motorsikal tanpa lesen (meliwat). PAPAGOMO tahu Anwar Ibrahim menunggang motorsikal tanpa lesen (ada bukti video) dan melaporkannya kepada pihak POLIS (bagi tahu rakyat). Pihak Polis menahan Anwar Ibrahim sebab tak ada lesen (rakyat tanya Anwar meliwat ke?). Tiba-tiba Anwar cakap ini semua KONSPIRASI Papagomo mahu menangkapnya (tuduh konspirasi UMNO).

8. Bukan soal siapa yang mengadu, tetapi persoalan yang lebih besar adalah ADAKAH KAMU LAKUKAN? Papa Gomo mendakwa Anwar Ibrahim meliwat seorang Mahasiswa dan disertakan sekali dengan videonya. Isunya, ADAKAH ANWAR IBRAHIM MELIWAT MAHASISWA ITU ATAU TIDAK? BUKANNYA SIAPA PAPAGOMO YANG MAHU MENDAKWA ANWAR IBRAHIM MELIWAT?

9. Adakah kita tidak terfikir bahananya membongkar isu seks terutamannya melibatkan pemimpin utama? Adakah Papa Gomo tidak terfikir tentang nasib yang bakal ditimpa olehnya kerana mendakwa Anwar Ibrahim meliwat?

10. Papa Gomo mempunyai bukti video di tangannya. Beliau juga mengatakan pernah berjumpa sendiri dengan mangsa liwat tersebut. Papa Gomo juga mengatakan tujuan beliau mengeluarkan video ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara kerana mempunyai akhlak dan moral yang teruk!

11. INI BUKAN KONSPIRASI UMNO. Kalau ini kerja UMNO, hebat sangatlah UMNO menjemput Anwar Ibrahim masuk dalam bilik hotel dan meliwat anak muda?




12. Siapakah individu di dalam video tersebut? Kali ini gambarnya berwarna dan mempunyai audio sekali. Siapa yang merakamnya? Adakah Anwar Ibrahim tak perasan beliau dirakam? Ini baru episod pertama, ada lagi tu.

13. Ianya hadir dengan pelbagai persepsi. Kepada yang menyokong Anwar, pasti mereka tidak percaya itu adalah Anwar. Kepada musuh pasti akan mempercayainya. Sekarang tinggal rakyat biasa yang akan menilainya sama ada Anwar Ibrahim layak atau tidak menjadi Perdana Menteri?

14. Dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Full stop! Lihat dan percayalah. Bukti dah ada dah!

BUKAN NAK TUNJUK VIDEO LUCAH, TAPI KEBENARAN!!

Panglima Rumah Api
Segambut, KL.

Benarkah Malaysia Negara Korupsi? Cer teka.



Di kedai kopi memang selalulah dengar cerita-cerita pasal rasuah ni. Dikatanya rasuah di negara kita ini di tahap membimbangkan! Panglima pun rasa gerun jugak kalau dengar orang-orang bercerita.

Secara realistik Panglima nak tekankan, memang tipu sangatlah kalau kita kata dekat negara kita Malaysia yang tercinta ni tak ada rasuah. Memang tak patut sangat pun kalau kata tak ada rasuah langsung.

Cuma Panglima nak tanya, hari ini sudah berapa kali tuan-tuan bagi atau terima rasuah? Dalam seminggu ada bagi rasuah? Dalam sebulan? Dalam setahun?

Habis tu, siapa yang dikatakan sebagai golongan penerima dan pemberi rasuah?

Pernah tak kita buat IC di JPN, kerani kaunter JPN tu minta duit selain duit cas yang sepatutnya dibayar? Panglima tak pernah kena.

Pernah tak sedara sekalian pergi daftar syarikat di SSM mereka minta lebih daripada RM70? (RM60 yuran tahunan, RM10 duit sijil) Panglima tak pernah pulak bayar lebih.

Pernah tak sedara hidupkan lesen motor dekat Pejabat Pos diorang minta lebih dari RM4? Panglima tak pernah pulak kena bayar lebih.

Di klinik kerajaan ada minta rasuah? Bayar seringgit saja, itupun ada yang lari tak nak bayar. Di agensi kerajaan yang lain ada minta 'duit tepi'? Jarang berlaku kan? Silap-silap tak pernah alami langsung!

Ada ke rasuah? Ada. Kita selalu dengar Polis minta rasuah untuk bebaskan kita dari kena saman. Panglima juga selalu dengar ada orang sogok duit pada pihak berkuasa untuk dapatkan satu-satu projek.

Tapi adakah semua yang terlibat dalam bidang itu terlibat? Adakah tidak ada langsung di bidang itu tidak kenal halal dan haram? Jawapannya, bukan semua.

Dan satu lagi, adakah semua kontraktor atau pihak berkuasa itu menyokong kerajaan? Jawapannya pun tidak. Bagi Panglima, orang yang terlibat dengan rasuah adalah pengkhianat negara, tidak kenal halal haram. Semua disapunya. Tidak kiralah orang itu menyokong siapa pun.

Bagi panglima, tidak adil jika mengatakan bahawa rasuah di Malaysia berada di dalam tahap yang teruk. Sebenarnya itu hanya persepsi yang timbul sahaja.

Jika sedara pergi ke negara jiran seperti di Indonesia, kegiatan rasuah sangat berleluasa di sana. Kita sering mendengar perkataan "POKOKNYA" yang bermaksud minta rasuahlah tu.

Nak masuk airport dah kena huloq. Nak minta kerja nak kena huloq. Nak dapat rawatan di hospital pun kena huloq. Siapa yang selalu ke Indon dia tahulah.

Kita harus bersyukur duduk di Malaysia. Kerajaan yang korang kata korupsi itulah yang banyak tolong rakyat.

Silap-silap orang yang perjuangkan penghapusan rasuah itulah yang akan rasuah terlebih dahulu. Siapa tahu? Dan itu lebih memalukan bagi Panglima. Bak kata orang tua-tua : "Paku Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih".

Panglima yakin untuk bagitahu gejala rasuah tidaklah sampai melarat sehingga ke akar umbi. Kalau tidak banyaklah duit kita hangus TANPA RESIT.

Orang yang selalu cerita rasuah banyak di Malaysia sebab dia kumpul kes-kes rasuah dari dulu sampai sekarang. Memanglah banyak bro! 55 tahun tu.

Pssst.. Tapi ada kerajaan yang baru memerintah 5 tahun dah banyak masalah, belum lagi 55 tahun. Ini namanya kerajaan JANJI DICAPATI.

SEKIAN. RASUAH PEMUSNAH NEGARA. HINDARILAH!!

Panglima Rumah Api

Monday 18 March 2013

PM Hargai Wanita Malaysia?


Program 1Million Women Purple Walk telah berlangsung dengan jayanya di seluruh negara.

Memang gempak!! Ramai sungguh wanita-wanita yang turut mengambil bahagian dalam program ini tanda memberi sokongan kepada kerajaan persekutuan.

Panglima masih menunggu apa yang akan ditawarkan oleh BN dalam manifesto untuk PRU 13 ini khususnya kepada kaum wanita. Tapi Panglima yakin BN akan beri tawaran yang terbaik kepada golongan wanita.

Pakatan Rakyat pun dah umum untuk 'menyayangi kaum wanita' dalam manifesto dan Billboard yang merata dari seluruh negeri Selangor!

Katanya nak bagi caruman kepada wanita di negeri Selangor. Boleh percaya ke? Ibu tunggal pun Pakatan tak boleh jaga sampai kena saman dengan ibu tunggal. Inikan pula nak janji lagi.

Bagi golongan wanita, usahlah terpedaya lagi dengan janji-janji pembangkang yang banyak wayang dari pembikinan. Jangan bazirkan undi anda untuk pembangkang yang belum tentu mampu laksanakan apa yang dijanjikan.
Pakatan Rakyat ni ibarat jejaka yang nak memikat seorang wanita. Janji macam-macam. Nak bagi cincin la, emas la. Bila dah dapat perempuan tu, cari orang lain pulak!

Wanita adalah tonggak penting dalam negara. Oleh itu, Panglima pun nak umumkan yang Panglima pun sayang kat wanita semua!

Peace Yo!!

SAYANGI SELANGOR. YAKINI BN!

SEMANGAT PRU13!!

PRU 13 adalah pilihanraya pertama yang hebat di Online. Menyedari perkara itu, Panglima dengan ini mengumumkan kewujudan di alam maya ini.

Siap sedia wahai anda! Panglima Rumah Api siap sedia bertempur!!