Pages

Friday 12 April 2013

KIFARAH DOSA-DOSA PEMBANGKANG

Oleh Ab Jalil Backer

Hampir sedekad yang lalu, kolumnis Massa, Baharom Mahusin, menulis yang lebih kurangnya begini, “bahawa budaya politik kurang ajar, biadap dan lucah dalam kempen politik disuburkan oleh pembangkang dan diikuti oleh penyokong UMNO.”

Beliau menulis demikian ketika mengulas senarai undian laman ini mengenai tindakan penyokong Pas membakar trak polis di ceramah Pas di Kampung Kubang Bot, Kuala Ketil, Kedah pada tahun 2002.

Hari ini, Majalah Massa yang terkenal suatu ketika dahulu telah “mati” bersama budaya politik murni yang cuba diterapkan oleh Baharom Mahusin.

Namun isu kurang ajar, biadap dan lucah yang dimulakan oleh laman-laman pro-Anwar seperti Mahazalim, Mahafiraun dan disambut oleh Mykmu.net (dulunya dikenali sebagai kmu.net.my) masih berterusan.

Yang berbeza hanyalah pemainnya. Jika dahulu ada Mykmu, Mahazalim, Tranungkite, Mahafiraun, sekarang kita ada Parpukari, Papagomo, Rbfonline, Medan Info Kita, Milo Suam dan lain-lain. Jika dulu paling hebat pun hanyalah video Anwar Ibrahim menari, Anwar Ibrahim menipu kononnya sakit; hari ini ‘Anwar Ibrahim’ berbogel pun sudah masuk ke dalam ruang siber.

Ini adalah budaya yang sangat kasar, biadap dan tidak bertamadun. Saya sangat-sangat tidak bersetuju dengan budaya ini. Saya percaya mykmu.net juga tidak bersetuju, kerana itulah mereka menarik balik gambar individu yang menyerupai Setiausaha Agung Pas, Dato Mustapha Ali dalam portal ini.

Namun saya juga percaya apa yang dilakukan oleh penyokong UMNO hari ini di ruang siber adalah hasil didikan budaya politik kotor Pas, DAP dan PKR sejak berpuluh tahun lalu. Budaya tuduhan seks bukan perkara baru. Para penyokong UMNO terpaksa bertindak balas terhadap tuduhan dan fitnah melampau yang dilontarkan kepada Pakatan ke atas para pemimpin kami.

Pada 1990-an DAP menuduh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, mempunyai hubungan seks dengan gadis bawah umur. Dengan sokongan oleh orang tertentu di dalam UMNO, Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tersebut di muka hadapan. Seterusnya tuduhan ini tersebar di seantero dunia. Siapakah yang memulakan budaya ini? DAP!

Ramai penganalisis politik percaya bahawa Anwar Ibrahim terbabit dalam komplot menjatuhkan Rahim. Tanpa Anwar yang menguasai Utusan Malaysia tidak mungkin Rahim akan diserang sedemikian rupa. Rahim terpaksa meletak jawatan, menanggung aib. Sungguhpun dihadapkan ke Mahkamah dan dibebaskan, hanya selepas Anwar Ibrahim dipecat, barulah gadis terbabit muncul menafikan tuduhan tersebut.

Ketika itu, tiada empat saksi, tiada rakaman video besi, tiada air mani; tetapi penyokong Pas memilih untuk mempercayainya. Jika kena atas kepala pemimpin UMNO, cukup sekadar kenyataan lidah yang tidak bertulang untuk mengesahkan.

Sebaliknya, apabila Anwar Ibrahim dipecat atas tuduhan liwat dan seks luar tabie pada 1998, kenyataan bersumpah mangsa yang akil baligh dan waras tidak diterima oleh mereka. Air mani yang ada di atas tilam juga tidak cukup kepada mereka. Hanya kerana Anwar berada dalam kumpulan mereka ketika itu, semuanya mesti memenuhi syarat kesaksian yang ketat.

Allah maha kuasa, pada tahun tahun 2000, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Abu Hassan Omar dituduh mempunyai hubungan sulit dengan adik iparnya sehingga mempunyai anak luar nikah. Abu Hassan menafikan ini. Suami adik ipar Abu Hassan, seorang mualaf yang menggunakan nama Abu Hassan, juga menafikannya. Namun Pas memilih untuk terus berceramah dan menulis membelasah Abu Hassan sebagai pemimpin UMNO yang bergelumang maksiat.

Abu Hassan mengambil pendirian keluarga lebih utama daripada kerjaya politik beliau. Beliau memilih untuk tidak lagi membenarkan anak-anakynya dan anak-anak adik iparnya menjadi mangsa politik jahat dan memalukan yang dijalankan oleh Pas, Dap dan PKR ketika itu. Akhirnya beliau meletak jawatan.

Tidak pula ketika itu ketiga-tiga parti ini meminta sebarang bukti mahu pun saksi seperti mana yang dituntut oleh syariat Islam. Lihat betapa hipokritnya manusia-manusia Islam di dalam Pas dan PKR.

Kemudiannya sekitar tahun 2006, giliran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pula menjadi mangsa. Beliau dituduh mempunyai hubungan sulit dan kemudiannya membunuh seorang gadis warga Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu.

Ketika ini Pas, PKR dan DAP sekali lagi menjadi juara menuduh dan memfitnah Perdana Menteri. Seluruh negara mereka berceramah membuat tuduhan tersebut. Sekali lagi mereka tidak memerlukan sebarang saksi mahu pun bukti untuk mengesahkan tuduhan mereka. Malah lebih teruk, Ketua Penerangan PKR ketika itu, Tian Chua telah menerbitkan sekeping gambar “superimpose” menunjukkan Najib sedang makan malam bersama Altantuya dan Razak Baginda.

Biarpun Mohd Najib telah bersumpah bahawa beliau tifdak mengenali wanita tersebut, Pas sebagai parti memperjuangkan Islam langsung tidak peduli. Politik “character assassination” tetap diutamakan tanpa mengambil peduli pesanan agama.

Kemudian pada 2008, muncul pula rakaman video hubungan sulit Datuk Seri Chua Soi Lek dengan perempuan simpanannya.  Sekali lagi tiga sekawan ini (Pas, Dap dan PKR) mendesak Chua Soi Lek meletak jawatan walaupun rakaman video tersebut sangat rendah kualiti dan tidak begitu jelas. Soi Lek sebagai lelaki dengan berani mengakui rakaman tersebut adalah dirinya. Beliau meletak jawatan. Sekali lagi kerana ia terkena pemimpin Barisan Nasional, mereka tidak perlukan sebarang saksi dan bukti yang konkrit.

Mungkin kerana Allah itu maha kuasa, sekali lagi kumpulan yang berlagak holier-than-thou ini ditunjukkan jalan kebenaran. Video klip Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita bukan isterinya tersebar melalui papagomo.com. Rakaman tersebut bukan sahaja jelas malah ada saksi dalam rakaman tersebut yang mengakui orang tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Saksi tersebut ialah Datuk Eskay, sahabat baik Anwar sendiri.

Sekali lagi kumpulan penjual agama dan moral ini menukar pendapat mereka sekelip mata. Rakaman video tidak boleh dijadikan bukti. Ia hanyalah besi.

Sekarang muncul lagi rakaman-rakaman video yang sangat menghairahkan dan lucah membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. Apakah para jurublog (bloggers) pro-UMNO “jahat dan kotor” kerana menyiarkannya? Jika mereka ini bersalah apakah yang Pas, DAP dan PKR buat sejak berdekad yang lalu tidak salah?

Menuduh orang tanpa bukti tidak salah, tetapi bila menyiarkan kejahatan, kerakusan dan kesyaitanan pemimpin Pakatan adalah salah? Kami hanya mengikut rentak yang dipalu oleh pemimpin Islam dalam Pas dan PKR sahaja.

Mereka yang akan mengundi dalam pilihan raya akan datang tidak harus terpengaruh dengan usaha menagih simpati kononnya UMNO dan Barisan Nasional melakukan taktik kempen yang kotor dalam pilihan raya kali ini.

Hakikatnya, kami hanya belajar dari para pemimpin Pas, PKR dan DAP. Cuma kami memberi kebenaran, mereka memberi khabar angin. Para pejuang maya pro-BN hanya membalas balik apa yang pemimpin Pakatan lakukan kepada pemimpin BN sejak berdekad yang lalu. Adilkah menyalahkan Barisan Nasional atas budaya politik yang dicipta oleh Pakatan sendiri?

Jika kita mahu membersihkan pilihan raya pada masa-masa akan datang dari taktik kotor dan lucah sebegini, rakyat harus mengundi Barisan Nasional dan  ‛menyahkan’ pemimpin hipokrit dalam Pakatan.

Muhasabahlah bahawa kemunculan video skandal seks terbaru membabitkan pemimpin Pakatan ini mungkin merupakan satu kifarah Allah terhadap mereka yang selama ini ‘membelasah’ moral pemimpin BN sehingga seolah-olah para pemimpin BN terutamanya UMNO ini begitu jijik, busuk dan hina dan mereka sesuci-suci manusia

Friday 5 April 2013

Politik Silap Mata

Panglima tergelak apabila membaca situasi politik semasa. Semalam kita dapat baca laporan Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding dalam PRU 13 ini.

Dari segi politik kepartian, adalah sesuatu yang memalukan apabila Presiden kepada sebuah parti tidak bertanding! Apakah itu Presiden yang hanya sekadar nama tapi keputusan dibuat oleh orang lain?

Panglima dan para pembaca juga pasti membaca laporan yang mengatakan Wan Azizah akan bertanding di Selangor. Sekali lagi Panglima tergelak besar! Wan Azizah tak malukah datang negeri orang lepas tu nak jadi Wakil Rakyat? Apakah besar sangat jasanya kepasa rakyat negeri Selangor? Siapa yang mengundi beliau adalah seorang yang Panglima anggao tidak cerdik.

Kata Wan Azizah nak bertanding, tiba-tiba Anwar kata isterinya tak bertanding pula. Macam mana tu?

Yang lebih mengejutkan lagi, anaknya Nurul Izzah menyanggah cakap ayahnya dengan mengatakan 'Siapa kata Wan Azizah tak bertanding?". Pulak.. Sesama keluarga pun tak sealiran?

KEJAP PERAK, KEJAP PERMATANG PAUH

Ini pula satu hal dengan Anwar. Kejap kata nak bertanding di Perak, siap keluar akhbar lagi laporannya. Tiba-tiba pula katanya nnk bertanding semula di Permatang Pauh yang dikatanya juga sudah berjaya 'memujuk penduduk Permatang Pauh' untuk.menerima Anwar kembali.

Benar atau tidak Panglima pun tak dapat nak pastikan. Sebab kata-kata Anwar ni kejap lain esok lain. Tapi penyokongnya tetap percaya kepadanya kerana beliaukan Good Speaker! Pasti ramai yang terhibur! Yang pasti, kita sama-sama tunggu di hari penamaan calon nanti.

INI SEMUA HANYA TAKTIK

Panglima pasti ini semua adalah taktik Anwar Ibrahim yang berusaha mengalihkan isu peribadinya (video seks mahasiswa) daripada perhatian masyarakat.

Apabila beliau buat seperti ini, ianya akan menaikkan populariti pemimpin pembangkang sahaja dan ianya akan mengganggu kempen daripada Barisan Nasional jika kita terus melawan sandiwara ini.

Panglima boleh simpulkan bahawa pemimpin pembangkang hanya 'hidup' dengan isu dan populariti sahaja. Nak kata ada jasa pun, susah Panglima nak senaraikan.

PERKEMAS JENTERA MELAWAN PEMBANGKANG

Walau apapun yang berlaku, di manakah mereka akan bertanding Panglima rasa kita tak perlu risau sangat. Sebab di mana sahaja mereka ada yang penting BN mesti menang 2/3 dan tawan semula semua negeri. Itu target kita.

Jentera mesti dikuatkan. Kalah menang itu kuasa Allah tetapi tidak bermakna kita tidak berusaha.

Panglima nak ucapkan selamat berjuang kepada seluruh jentera BN Malaysia. Dan yang paling penting ialah nak tawan balik negeri Selangor daripada Pakcik Sahak (Khalid Ibrahim)!

"SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN"

Panglima Rumah Api
Bukit Jalil.

Monday 1 April 2013

Pendapat Tun Mahathir Tentang Manifesto Pakatan Rakyat



Panglima pun boleh kira walaupun Panglima bukan dalam bidang ekonomi. Respon Anwar Ibrahim bila ditanya pasal pendapatan negara, beliau jawab : "Kita boleh berjimat cermat". Poodaaahhhh. Dia pakai kereta mewah jugak!

Siap naik pesawat peribadi pulak tu!

PANGLIMA RUMAH API
Universiti Malaya

Tun Mahathir Buat Orang Kelantan Naik Angin!

Panglima memang minat dengan ucapan Tun Mahathir. Ucapannya santai, kadang-kadang banyak cerita tentang sejarah. Bagi Panglima, biarlah Tun Mahathir cerita tentang sejarah sebab kita orang muda ini sudah agak lupa dengan sejarah kita.

Terima kasih Tun di atas ucapan ini. Ini bukan ceramah agama tetapi ianya memberi kesedaran kepada bangsa Melayu. Jangan kita taksub dengan parti, amalkan Islam yang sebenar.

Allah Maha Besar. Allahu Akbar!










#TukarKelantan

PANGLIMA RUMAH API
Pasir Mas, Kelantan

Thursday 28 March 2013

POLITIK MAIN REBUT KERUSI


Sana sini heboh maklum tentang 'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut kerusi' mereka;

Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut. Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya, apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!

Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS. Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.

Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah. Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?

DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR. PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah 'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai.

Untuk rekod, kerusi Changkat Jering sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.

DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru, kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti 'melukut di tepian gantang'.....

Dalam permainan 'rebut kerusi', memang ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang. Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...

Sepakat membuka mata, mencelik minda..

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan sangat lemah!

Perebutan kerusi menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!

Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN untuk transformasi politik yang berkesan.

Demi agama, bangsa & negara
BN Pilihan Rakyat 1Malaysia
Oleh: hulubalangKANAN

Friday 22 March 2013

Kenapa Sibuk Sangat Dengan PapaGomo?



1. Anwar Ibrahim tak perlu gentar menghadapi setiap isu moral yang dihadapi olehnya kerana ada orang yang akan menjawab isu tersebut. Seperti biasa, orang kuatnya Rafizi Ramli akan menyiasat dan menggunakan seluruh kekuatan untuk menepis isu itu.

2. Panglima bukanlah ahli politik tetapi Panglima sebagai rakyat Malaysia hanya memerhatikan sahaja gerak laku Anwar Ibrahim dalam setiap isu peribadi yang melibatkan dirinya. Modus operandi Anwar Ibrahim ialah menyerang kembali (serangan peribadi) musuh/mangsa liwat/pengadu yang melaporkan tentang isu dirinya.

3. Apabila berlaku kes Saiful Bukhari dan ketika itu ayahnya, Azlan menyokong Saiful 100% mengatakan bahawa anaknya diliwat oleh Anwar Ibrahim. CheguBard mengeluarkan artikel tentang bapa Saiful yang mengatakan beliau kaki judi. KAKI JUDI memberi makna bahawa bapa Saiful adalah FASIK? Oleh itu, adakah kita boleh mempercayai kata-kata Azlan yang mengatakan INI SEMUA KONSPIRASI UMNO?


4. Dato' Eskay juga terkena. Ketika beliau membacakan sumpah laknat terhadap dirinya, puak-puak PAS mengatakan sumpah itu tidak dikira kerana salah sebut dan Dato' Eskay bukan Muslim yang baik dan banyak berbuat dosa. Jadi orang 'fasik' tidak dikira kata-katanya.

5. PKR akan menyerang peribadi Papa Gomo yang melaporkan tentang video seks ini. Timbul pula katanya Papa Gomo adalah bekas banduan dan pengundi hantu, maka Rafizi menggelarkan Papa Gomo adalah seorang FASIK dan kata-katanya tidak boleh dipercayai. Cadangan saya, Rafizi perlu meminta SPR menyiasat perkara ini, bukannya menyiasat dan membuat keputusan sendiri mengatakan Papa Gomo pengundi hantu.

Dulu kata bapa Saiful kaki judi, sekarang apa dah jadi?

6. Mengapa dengan begitu mudah menggelarkan orang lain FASIK? Adakah Rafizi sudah begitu BERIMAN untuk berkata-kata? Dan adakah untuk membuktikan bahawa Anwar Ibrahim meliwat orang, perlu dilaporkan oleh Ulama'? Panglima pasti kalau Ulama' yang melaporkan, puak-puak PAS pula mempertikaikan sijil-sijil Ulama' tersebut. Panglima pasti!

7. [Analogi] : ANWAR IBRAHIM menunggang motorsikal tanpa lesen (meliwat). PAPAGOMO tahu Anwar Ibrahim menunggang motorsikal tanpa lesen (ada bukti video) dan melaporkannya kepada pihak POLIS (bagi tahu rakyat). Pihak Polis menahan Anwar Ibrahim sebab tak ada lesen (rakyat tanya Anwar meliwat ke?). Tiba-tiba Anwar cakap ini semua KONSPIRASI Papagomo mahu menangkapnya (tuduh konspirasi UMNO).

8. Bukan soal siapa yang mengadu, tetapi persoalan yang lebih besar adalah ADAKAH KAMU LAKUKAN? Papa Gomo mendakwa Anwar Ibrahim meliwat seorang Mahasiswa dan disertakan sekali dengan videonya. Isunya, ADAKAH ANWAR IBRAHIM MELIWAT MAHASISWA ITU ATAU TIDAK? BUKANNYA SIAPA PAPAGOMO YANG MAHU MENDAKWA ANWAR IBRAHIM MELIWAT?

9. Adakah kita tidak terfikir bahananya membongkar isu seks terutamannya melibatkan pemimpin utama? Adakah Papa Gomo tidak terfikir tentang nasib yang bakal ditimpa olehnya kerana mendakwa Anwar Ibrahim meliwat?

10. Papa Gomo mempunyai bukti video di tangannya. Beliau juga mengatakan pernah berjumpa sendiri dengan mangsa liwat tersebut. Papa Gomo juga mengatakan tujuan beliau mengeluarkan video ini adalah untuk memberitahu kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin negara kerana mempunyai akhlak dan moral yang teruk!

11. INI BUKAN KONSPIRASI UMNO. Kalau ini kerja UMNO, hebat sangatlah UMNO menjemput Anwar Ibrahim masuk dalam bilik hotel dan meliwat anak muda?




12. Siapakah individu di dalam video tersebut? Kali ini gambarnya berwarna dan mempunyai audio sekali. Siapa yang merakamnya? Adakah Anwar Ibrahim tak perasan beliau dirakam? Ini baru episod pertama, ada lagi tu.

13. Ianya hadir dengan pelbagai persepsi. Kepada yang menyokong Anwar, pasti mereka tidak percaya itu adalah Anwar. Kepada musuh pasti akan mempercayainya. Sekarang tinggal rakyat biasa yang akan menilainya sama ada Anwar Ibrahim layak atau tidak menjadi Perdana Menteri?

14. Dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata. Full stop! Lihat dan percayalah. Bukti dah ada dah!

BUKAN NAK TUNJUK VIDEO LUCAH, TAPI KEBENARAN!!

Panglima Rumah Api
Segambut, KL.

Benarkah Malaysia Negara Korupsi? Cer teka.



Di kedai kopi memang selalulah dengar cerita-cerita pasal rasuah ni. Dikatanya rasuah di negara kita ini di tahap membimbangkan! Panglima pun rasa gerun jugak kalau dengar orang-orang bercerita.

Secara realistik Panglima nak tekankan, memang tipu sangatlah kalau kita kata dekat negara kita Malaysia yang tercinta ni tak ada rasuah. Memang tak patut sangat pun kalau kata tak ada rasuah langsung.

Cuma Panglima nak tanya, hari ini sudah berapa kali tuan-tuan bagi atau terima rasuah? Dalam seminggu ada bagi rasuah? Dalam sebulan? Dalam setahun?

Habis tu, siapa yang dikatakan sebagai golongan penerima dan pemberi rasuah?

Pernah tak kita buat IC di JPN, kerani kaunter JPN tu minta duit selain duit cas yang sepatutnya dibayar? Panglima tak pernah kena.

Pernah tak sedara sekalian pergi daftar syarikat di SSM mereka minta lebih daripada RM70? (RM60 yuran tahunan, RM10 duit sijil) Panglima tak pernah pulak bayar lebih.

Pernah tak sedara hidupkan lesen motor dekat Pejabat Pos diorang minta lebih dari RM4? Panglima tak pernah pulak kena bayar lebih.

Di klinik kerajaan ada minta rasuah? Bayar seringgit saja, itupun ada yang lari tak nak bayar. Di agensi kerajaan yang lain ada minta 'duit tepi'? Jarang berlaku kan? Silap-silap tak pernah alami langsung!

Ada ke rasuah? Ada. Kita selalu dengar Polis minta rasuah untuk bebaskan kita dari kena saman. Panglima juga selalu dengar ada orang sogok duit pada pihak berkuasa untuk dapatkan satu-satu projek.

Tapi adakah semua yang terlibat dalam bidang itu terlibat? Adakah tidak ada langsung di bidang itu tidak kenal halal dan haram? Jawapannya, bukan semua.

Dan satu lagi, adakah semua kontraktor atau pihak berkuasa itu menyokong kerajaan? Jawapannya pun tidak. Bagi Panglima, orang yang terlibat dengan rasuah adalah pengkhianat negara, tidak kenal halal haram. Semua disapunya. Tidak kiralah orang itu menyokong siapa pun.

Bagi panglima, tidak adil jika mengatakan bahawa rasuah di Malaysia berada di dalam tahap yang teruk. Sebenarnya itu hanya persepsi yang timbul sahaja.

Jika sedara pergi ke negara jiran seperti di Indonesia, kegiatan rasuah sangat berleluasa di sana. Kita sering mendengar perkataan "POKOKNYA" yang bermaksud minta rasuahlah tu.

Nak masuk airport dah kena huloq. Nak minta kerja nak kena huloq. Nak dapat rawatan di hospital pun kena huloq. Siapa yang selalu ke Indon dia tahulah.

Kita harus bersyukur duduk di Malaysia. Kerajaan yang korang kata korupsi itulah yang banyak tolong rakyat.

Silap-silap orang yang perjuangkan penghapusan rasuah itulah yang akan rasuah terlebih dahulu. Siapa tahu? Dan itu lebih memalukan bagi Panglima. Bak kata orang tua-tua : "Paku Dulang Paku Serpih. Mengata Orang Dia Yang Lebih".

Panglima yakin untuk bagitahu gejala rasuah tidaklah sampai melarat sehingga ke akar umbi. Kalau tidak banyaklah duit kita hangus TANPA RESIT.

Orang yang selalu cerita rasuah banyak di Malaysia sebab dia kumpul kes-kes rasuah dari dulu sampai sekarang. Memanglah banyak bro! 55 tahun tu.

Pssst.. Tapi ada kerajaan yang baru memerintah 5 tahun dah banyak masalah, belum lagi 55 tahun. Ini namanya kerajaan JANJI DICAPATI.

SEKIAN. RASUAH PEMUSNAH NEGARA. HINDARILAH!!

Panglima Rumah Api